Bila bersentuhan dengan bukan mahram

Diya Hanun | 8:06 PM | Friday, December 27, 2013 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dengan bukan mahram...
 Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan kekasih masing-masing diluar sana...Lihat tanda merah dalam gambar di atas Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata... 
Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Hadis Riwayat ath-Thabrani) Benarlah Hadis Nabi bersabda: Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah berfirman : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan"

Maggi mee

Diya Hanun | 1:26 PM | Tuesday, December 24, 2013 | 3 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


rasa nak makan maggi pulak..

Happy holiday

Diya Hanun | 5:24 PM | Friday, December 20, 2013 | 1 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Diya dapat cuti 10 hari..dan 10 hari yang penuh dengan assignment..
Makin lama makin sibuk hidup kita ni kan.. :) 


Architectural Design 3 :Parasite design

Diya Hanun | 2:33 PM | Saturday, December 14, 2013 | 3 Awesome Comment's

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎

Kesibukan dengan semester 5 ni buat diya tak ada masa langsung nak buka blog ni..hari ni baru ada masa
sikit, rehat kejap dari buat assignments sebab diya nak share design diya untuk
subject Architetural design 3.. kali ni kena design sebuah SoHo (Small office House Office)
tapi soho ni kena melekat dekat dinding. Dia seperti parasit yang menumpang dinding orang lain
untuk kepentingan dia sendiri. Soho tu adalah sebuah bangunan di mana 
seorang businessman atau businesswoman tinggal untuk beberapa hari sambil
bekerja..Kira tu office dan rumah dia lah.

So mari diya cerita sikit pasal design diya ni.. port dickson adalah site yang dipiliih
di atas sebuah tanah milik Arkitek Azman.
Arkitek Azman
Design tersebut akan dibina bersebelahan dengan bangunan yang sedang dibina oleh Arkitek tersebut
nilah bangunan tu..rumah percutian kayu yang tak guna air cond sebab dia guna cross ventilation.
yang unik tentang rumah ni ialah ada bahagian rumah yang melengkung di bahagian belakang..
ni bahagian dalam dia..masih dalam proses pembinaan..melengkung kan?
ni pelan lokasi, yang berwarna putih adalah proposed site untuk bina parasite design diya nanti..
bersebelahan dengan rumah kayu tadi.
Ok pergi pulak dekat design diya..hehee..

Ground floor plan



First floor plan

Perspective view
Perspective view

Front view

Left view
Right view

section

section
Site plan and roof plan

Hehe ni last minit punya kerja lah ni.. tak ada rendering (colouring)
so sebenarnya  design diya tak ada konsep pon, diya cuma nak client diya rasa
relax sepanjang dia tinggal dalam tu, tapi lecturer diya nak tau apa konsep diya so diya 
bagi jelah konsep pertemuan antara pantai dan ombak laut berdasarkan bentuk dia..

Aih macam ape tah design diya ni..huhu..tu lukis guna Autocad.. model diya ade..just tak tahu 
mana diya save gambar tu..so diya bagi jelah drawing harap korang boleh bayangkan lah..
Sekadar berkongsi design diya..walaupun diya rasa macam ape tah tapi diya akan tetap berkongsi
mungkin ada orang yang dapat idea macam mana nak buat design ke lepas ni...

Maka berakhirlah projek 1 untuk Architetcural Design 3..
Projek 2 akan menyusul tak lama >-<

p/s: pergh buat design ni tak tido beberapa hari diya dibuatnya..
tido paling lama 2 jam untuk seminggu terakhir sebelum projek ni dibentangkan..aih..
Alhamdulillah dah berakhir projek 1 , menantikan projek 2..

Happy birthday to me

Diya Hanun | 1:22 AM | Sunday, December 1, 2013 | 8 Awesome Comment's
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎


Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas..hehe..dah masuk 19 dah..
Wish untuk diri diya sendiri :
Cepat lah membesar wahai diri, baik dari segi perangai, percakapan dan saiz badan ni..
aihhh..kecik je awak ni..Semoga happy dan berjaya dunia akhirat..

Untuk yang menyambut hari jadi 1 disember 2013 diya ucap selamat hari jadi jugak!!

HAPPY BIRTHDAY!! 
yeah kite gang! sep sikit..*pap 
hik3!!!